Saturday, 12 September 2015

Pemakanan Serindit dan cara mengajar makan sekoi@kambu

Assalamualaikum dan salam sejahtera, dimalaysia burung serindit adalah pemakan buah buahan,bijiran . Antara buah yang biasa adalah buah sawit , rambutan , betik
dan
lain lain buah yang ada sifat manis . Ada juga dedak yang dijual khusus untuk burung serindit dan dijual digroup group tertentu .
Para  pemikat serindit kebiasaannya akan menggunakan biji sawit masak sebagai umpan untuk serindit liar . Sekoi@kambu juga antara bijiran yang dimakan oleh serindit ,

Pemakanan biasa bagi penjaga burung serindik adalah memberi sekoi@kambu .
Pada saya untuk membela serindit pula perlu menyulam pemakanan serindit agar tahap intimasi burung serindit tinggi dengan penjaga , Biasanya serindit liar yang baru ditangkap tidak terus makan sekoi@kambu kerana bijiran ini tidak didapati dihutan serta perlu diajar memakan makanan tersebut , Antara tips yang terkenal dari pemikat untuk mengajar makan sekoi@kambu dengan cepat adalah
  • Mencampurkan dengan serindit yang sudah makan sekoi@kambu didalam sangkar
  • Mengaulkan dengan makanan yang biasa seperti betik atau rambutan
Teknik mengaul dengan makanan buah buahan adalah untuk memberi serindit merasa sekoi@kambu dan apabila serindit liar sudah merasa sekoi kemudian asingkan buah yang telah digaulkan . jika burung serindit itu masih lagi tidak mahu makan sekoi@kambu pada saya , saya akan sejat sekoi@kambu  dengan air teh bunga dan keringkan (jangan campurkan dengan makanan lain.)
Jika pengunjung ada teknik yang lain serta berasil boleh la berkongsi dengan saya supaya saya boleh update teknik teknik mengajar burung serindik makan sekoi@kambu

2 comments: