Saturday, 12 September 2015

Habitat dan kawasan popular pemikat

Aassalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya berkongsi dari permerhatian saya tentang habitat
dan tempat tinggal serindit liar serta  sangkar yang sesuai untuk dibela .

Kebiasaan habitat serindit
Sedia maklum serindit biasa boleh ditemui banyak disekitar hutan , kampung , kawasan perumahan luar bandar.Burung serindit tidak hidup sendiri. Serindit biasa akan ada sebuah koloni besar dan akan menetap di satu pokok besar. Biasa kita akan nampak 2~3 ekor berterbangan dari arah yg sama kerana ianya berasal dari koloni yang sama . Sebuah koloni boleh mencapai 10 ekor dan lebih. Cuma ia tidak bergerak secara kumpulan bila keluar mencari makan . Serindit akan keluar secara pasangan atau berkumpulan skala kecil(2~4 ekor) . Sifat Pemalu dan berhati hati yang sangat tinggi menyebabkan gerakan berkumpulan itu seolah olah terlindung seperti yang pemikat selalu nampak serta menganggap ianya bergerak solo. Sepanjang permerhatian saya , paling maksima yang saya pernah nampak sekitar 7 ekor bergerak berkumpulan , dan itu adalah sesuatu yang sangat "rare" dalam pergerakan berkumpulan.

Serindit Jantan

BERMUSIM?
Untuk makluman serindit adalah spesis berpindah pindah mengikut keadaan sesuatu tempat . Sebab itu lah kadangkala kita menyangka serindit bermusim. Ia nya tidak bermusim dan sentiasa ada sepanjang tahun. 
Antara faktor burung serindit berpindah randah adalah
  • Sumber makanan
  • Cuaca ekstrim
  • pemangsa (helang,enggang,beruk & dsbnya) 
Port sesuai memikat
Pemikat serindit biasa akan memikat dikawasan hutan lapang, sempadan pokok kelapa sawit , rumah (pemikat yang tinggal dikampung) atau kawasan berbukit@berlembah. Pada saya , saya lebih meminati bermain dikawasan berbukit kerana saya tidak perlu memasang jebak tinggi dan dapat melihat secara jelas burung serindit masuk ke jebak.

 Sekitar kawasan sempadan hutan-sawit
 kawasan berbukit
 Hutan
 Bukit tinggi (jebak rendah)

Bersambung . . .

5 comments:

  1. Bro, klu kt pokok tepi rmh n xpnh tgk burung ni blh pikat x bro

    ReplyDelete
  2. Salam sahabt..blh tahu area perak mane port nk memikat serindit??

    ReplyDelete
  3. Sepanjang pengalaman saya memikat serindit seawal umur12 thn.. Mudah dan senang di fahami tengtang serindit ni..pemikat tidaklah sehebat mana.. mungkin saya tak akan jumpa pemikat seperti itu lg.. Pasang jebak 4pintu di pokok petai setinggi bangunan 2 tinggkat di kawasan dusun lapang berbukit dan lembah ..jarang tukar lokasi..melainkan ingin mencari serindit ciri ciri berlainan sedikit dari kebiasaan.. Ciri ciri pemikat saya serindit jantan paruh hitam,mata seperti mata helang, kaki hitam..sepanjang pengalaman hampir seratus ekor saye telah berjaya tangkap.. Ahirnya saya lepaskan semuanya setelah tamat sekolah dan ingin berkerja satu ketika dulu..

    ReplyDelete
  4. Sepanjang pengalaman saya memikat serindit seawal umur12 thn..serindit ni mudah di fahami habitatnya..serindit saya x lah sehebat mana.. Serindit jantan berparuh hitam, mata seperti mata helang,kaki hitam..saya hanya pasang perangkap jebak 4pintu di pohon petai setinggi bangunan 2 tinggkat.. Kawasan berbukit dan lembah dan jarang menukar lokasi melainkan ingin mencari serindit berlainan ciri ciri kebiasaan yg kita lihat.. Sebab saya percaya serindit ni ade perbagai jenis.. Sepanjang pengalaman saya memikat serindit hampir seratus ekor berjaya di tangkap dan di jinakan.. Akhirnya saya melepaskan kesemuanya setelah ingin berkerja dan berhijrah..

    ReplyDelete